Artikel Bulanan

Photobucket

15 May 2011

GAMBAR SUSPEK SIMBAH ASID SEKITAR KUALA LUMPUR


Pihak polis sudah mengenalpasti suspek kes simbah asid yang terjadi di sekitar Kuala Lumpur. Suspek dipercayai menggunakan motorsikal Honda EX5 bernombor pendaftaran WPV 4963. Namun, baru-baru ini melalui maklumat diterima daripada sumber boleh dipercayai, kenderaan menggunakan nombor pendaftaran terbabit bukan motosikal Honda EX-5 tetapi kereta Proton Iswara 1.3 berwarna perak. Pemilik kenderaan terbabit beralamat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor dan berbangsa Melayu.

Jadi berkemungkinan besar, suspek di atas menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi pihak berkuasa. Kini 23 wanita dilaporkan sudah menjadi mangsa lelaki simbah asid ini sejak Februari lalu. Kejadian simbah asid ini berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan berlaku secara rawak, ini menyebabkan suspek sukar dikesan. Motif sebenar suspek berbuat demikian masih belum diketahui. Sehingga kini (15 Mei 2011) suspek masih belum ditangkap.

Jadi, para wanita diminta supaya berhati-hati semasa berada di luar dan elakkan berjalan berseorangan. Sebagai langkah berjaga-jaga, bawa air botol dan kain sebagai alat kecemasan sekiranya berlakunya kejadian tidak diingini ini ke atas diri anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...